Batik Indonesia

Batik Indonesia

Batik berasal daripada jawa "amba" yang bermakna lebar (merujuk kepada kain), dan "nitik" yang bermakna membuat titik. Batik merujuk kepada kain yang mempunyai corak yang terang dan menarik. Batik terdapat dalam pelbagai bentuk, antaranya ialah batik tulis, batik skrin, batik celup, dan batik terap. Teknik batik telah diketahui selama lebih seribu tahun, kemungkinannya berasal dari Mesir kuno atau Sumeria. Ia terdapat di beberapa negara di Afrika Barat seperti Cameroon, Mali dan Nigeria; atau di Asia, seperti Jepun, Bangladesh, India, Indonesia, Iran, Malaysia, Sri Lanka dan Thailand. Batik telah menjadi sebahagian daripada budaya dunia terutama di Nusantara, dan sejak lama, merangkumi negara-negara Asia Tenggara.

Di Indonesia sendiri, batik berkembang pesat di beberapa kota. Bahkan memiliki ciri khas untuk membedakan seperti hanya pada batik jogja, batik solo dan batik pekalongan

Batik Indonesia, sebagai keseluruhan teknik, teknologi, serta pengembangan motif dan budaya yang terkait, oleh UNESCO telah ditetapkan sebagai Warisan Kemanusiaan untuk Budaya Lisan dan Nonbendawi (Masterpieces of the Oral and Intangible Heritage of Humanity) sejak 2 Oktober 2009.[Penjelasan diperlukan]
Perempuan tua Jawa sedang membuat batik piawai

Pada masa ini, terdapat corak-corak baru yang dikenali sebagai batik moden bagi memenuhi cita rasa pengguna yang sentiasa berubah-ubah, tetapi batik tradisi turut dihasilkan di samping itu.